Khamis, 30 Ogos 2018

Selamat Hari Merdeka Malaysia ku

Tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila kita merdeka dari satu-satu perkara yang menjerut atau memenjarakan kita. Begitulah bangganya atuk nenek kita dahulu yang bersusah payah, berjerih dan merelakan kehilangan yang tersayang buat mereka bagi meraih kemerdekaan buat negara kita yang tercinta.

Pengertian Merdeka itu sendiri adalah luas. Pembawaan pengertian Merdeka itu berbeza dari setiap individu itu sendiri. Kemerdekaan dari kesusahan dan kesengsaraan, kemerdekaan dari tanggungjawab yang digalas sekian lama dan macam-macam lagi.

Tapi bagi Kakmin, kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan terhadap diri sendiri. Kita merdekakan diri kita dari kesusahan,keletihan, merdekakan diri kita dari rasa sangsi, rasa was-was, rasa tak yakin dan merdekakan pemikiran kita dari dijajah oleh anasir luar. Itulah merdeka yang hakiki. Merdekakan diri kita, baru terlahirlah diri kita yang baru, yang lebih dinamik, yang kebih berwawasan.

Salam Kemerdekaan dari Kakmin dan seluruh warga Limeshots. Kami mendoakan agar kita mampu menjadi individu yang benar-benar merdeka... MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


























Jom, jenguk2, cari2 kami di:-

http://www.wasap.my/0162716142
http://www.wasap.my/0172588632
#LIMESHOTS
#limeshotshq #limeshotsofficial
#produkkecantikan #sayajual
#produkkempiskanperut #beautyaddict
#cantikduludankiniselamanya
#makinkurusmakinputihmakinmuda
#LIMESHOTSLSSLSBeauty
#pembuanganlawas





Tiada ulasan:

Catat Ulasan