Kita selalu dengar orang cakap "Detox".. doktor cakapla, kawan-kawanla, kami di Limeshots pun ada cakap malah kami sangat tekankan anda semua untuk detox.... tapi apa dan siapa yang perlu detox ni..? jom kita kaji-kaji sikit, kut-kut kita pun kena detox jugak kan.....
Detox
Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun (yang dikenali sebagai toksik) yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu terdiri dari beberapa vital organ seperti hati, usus dan ginjal. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman didalam usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan penyerapan nutrisi pada kadar yang maksimum. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita dalam menapis bahan buangan berjalan dengan lancar.Paru-Paru
Organ yang membenarkan Oksigen diserap masuk kedalam tubuh badan dan membuang gas seperti karbon dioksida dari saluran darah kita. Pencemaran udara menyumbang kepada kadar toksin dari luar masuk kedalam sistem badan
Sistem Limpa
Beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksin yang lain dari tubuh kita. Malah kulit kita juga akan menyahtoksin melalui kelenjar peluh.
Buah Pinggang
Membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.
Usus - Sistem Penghadaman
Meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin kita tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh kita setiap kali kita melakukan proses pembuangan.
Toksin
Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Antara contoh racun-racun yang terkumpul dalam badan kita :-
- Organisme bakterial
- Zat-zat kimia yang ada di lingkungan
- Trans fatty acid
- Parasit
- Herbisida dan pesticida
- Organisme Viral
- Candida albicans (suatu organisme peragi yang tumbuh secara berlebihan di dalam usus besar)
- Logam-logam berat
Kita jarang-jarang sedar yang bahan makanan kita seharian adalah penyumbang kepada punca kita perlu detox. Macam mana makanan kita ditanam (tumbuh-tumbuhan), makanan sumber protin kita dibela (ikan, ayam lembu, kambing dan lain-lain lagi), apa yang diberi makan, apa yang digunakan untuk tumbuhan nampak sihat dan segar, semua tu kita tak pernah nampak dan perasan ia sebagai penyumbang kemerosotan kesihatan tubuh badan kita.
Belum sentuh lagi perihal lambakan makan segera dalam pasaran semasa. Fuhhhhh!!!!.. takut nak sambung.... Jom kita tengok lagi perihal Toksin ni........
Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
- Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
- Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
- Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
- Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
- Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
- Masalah sendi
- Masalah kulit
- Selulit, kenaikan berat badan
- Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.
Apakah anda makan atau minum berikut ini sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu?
- Teh hitam atau kopi
- Minuman Soda atau soda diet
- Makanan segera atau makanan yang diproses
- Roti, pasta, nasi
- Makanan-makanan snack: chips, pretzels, cookies, cakes
- Makanan yang mengandung pemanis tiruan
- Makanan yang diasap (bacon, ikan, keju, daging)
- Makanan yang dipanggang
- Buah non-organik (tanpa lebih dulu mencuci dan mengupas)
- Sayuran hijau non-organik (tanpa membuang lapisan terluar)
- Daging yang diproses (sosej, burger, hot dog, dan lain-lain.)
- Makanan gorengan
- Garam
- Minuman beralkohol
Apakah anda:
- Tinggal di bandar?
- Hidup berdekatan dengan jalan utama?
- Hidup berdekatan dengan lapangan terbang?
- Tinggal berdekatan dengan stesen jana elektrik atau kabel elektrik yang berkuasa tinggi?
- Sering berjalan atau berlari disepanjang jalan yang sibuk?
- Tinggal di dekat ladang yang menggunakan baja-baja tanaman?
- Sering berenang di dalam sebuah kolam yang airnya mengandung klorin?
- Sering berada dalam kawasan berhawa dingin?
- Menggunakan penyegar udara dalam rumah? dalam kenderaan?
- Banyak menggunakan pemutih dan juga bahan-bahan pembersih rumah?
- Bekerja dengan komputer?
- Merokok?
- Sesekali atau rutin menggunakan ubat-ubatan?
- Memasak dengan bahan bakar gas?
- Membersihkan pakaian anda dengan dry-clean secara rutin?
- Banyak memiliki chipboard, fiberboard, atau plywood di dalam rumah anda?
- Memiliki saluran paip di dalam rumah yang sudah berumur lebih dari 20 tahun?
Jika anda tergolong dalam golongan-golongan seperti yang diberitahu diatas, anda memang perlu DETOX....
Sekiranya tubuh kita berupaya membersihkan dirinya sendiri, mengapa kita perlu detoks???
Apa yang perlu kita tahu ialah dengan adanya sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh kita akan menjadi lebih kuat. Ia juga membantu mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, fizikal dan minda.
Melalui proses detoksifikasi, ia dapat membantu membaik pulih dari segi membersihkan organ-organ terlibat, dan kesannya badan kita dapat berkerja seoptimum mungkin.
Kita boleh ibaratkan sistem badan kita ini seperti sebuah kereta. Sebuah kereta memerlukan enjin untuk bergerak. Dalam injn terdapat bahagian-bahagian tertentu yang lama-kelamaan ia akan karat dan tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum dan sekurang-kurang nya kerreta itu untuk bergerak, ia perlu diservis dan dibersihkan keseluruhannya.
Oleh itu, tanpa bantuan tambahan, badan kita mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan kita akan terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh.
Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini!
Jadi... apa lagi yang kita nak tunggu..... berdetoks la dengan Limeshots.. cara yang berkesan dan terbukti selamat.
Jom, jenguk2, cari2 kami di:-
http://www.wasap.my/0162716142
http://www.wasap.my/0172588632
#LIMESHOTS
#limeshotshq #limeshotsofficial
#produkkecantikan #sayajual
#produkkempiskanperut #beautyaddict
#cantikduludankiniselamanya
#makinkurusmakinputihmakinmuda
#LIMESHOTSLSSLSBeauty
#pembuanganlawas
#menagduitraya
http://www.wasap.my/0162716142
http://www.wasap.my/0172588632
#LIMESHOTS
#limeshotshq #limeshotsofficial
#produkkecantikan #sayajual
#produkkempiskanperut #beautyaddict
#cantikduludankiniselamanya
#makinkurusmakinputihmakinmuda
#LIMESHOTSLSSLSBeauty
#pembuanganlawas
#menagduitraya


Tiada ulasan:
Catat Ulasan