Jumaat, 20 Julai 2018

Pentingnya sarapan pagi....






Kalau nak langsing, jangan tinggal sarapan pagi..

Sarapan pagi boleh dikatakan waktu makan yang paling leceh dan ramai antara kita yang tak gemar makan waktu pagi. Alasannya sebab baru bangun tidur dan tiada selera makan. Tidak kurang juga yang memberi alasan tidak sempat menyediakan sarapan pagi kerana perlu berkejar untuk hantar anak ke sekolah dan pergi kerja.

Mungkin ramai yang tak tahu, banyak kajian telah membuktikan sarapan pagi adalah perlu untuk menurunkan berat badan, untuk melangsingkan badan malahan sangat perlu untuk meningkatkan kecerdasan otak dikalangan kanak-kanak. Diet pemakanan kita tidak akan lengkap jika sarapan pagi diabaikan. Ia mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita.

Antara perkongsian yang menerangkan kebaikan dan kepentingan bersarapan pagi adalah:-


1. Meningkatkan kadar metabolisma tubuh
Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur.

2. Beri tenaga
Sarapan pagi amatlah penting dalam memberikan anda tenaga untuk aktiviti seharian anda. Skip hidangan pagi akan membuat anda rasa lemah dan lesu.

3. Lebih konsentrasi
Pada waktu pagi, selepas berpuasa dari pengambilan makanan ketika tidur malam, badan memerlukan makanan untuk boost up konsentrasi sewaktu kerja dan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong buatkan kita lapar dan hilang fokus.

4. Penyerapan nutrien lebih berkesan
Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Mengabaikan sarapan pagi hanya akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi.

5. Mencegah diabetes 
Kajian menunjukkan bahwa orang yang sarapan memiliki 32% lebih kecil kemungkinan untuk terkena diabetes pada usia yang lebih tua dibandingkan dengan mereka yang tidak sarapan. Hal ini karena orang yang tidak sarapan pagi akan lebih resisten terhadap insulin. Resistensi insulin meningkatkan risiko terkena diabetes.


Sebenarnya banyak lagi kesan-kesan positif dari pengambilan sarapan pagi, apatah lagi jika kita mengikut masa yang telah dilabelkan sebagai waktu yang paling baik, iaitu sekitar jam 7.00 atau selewatnya jam 10.00pagi. Dan jika bagi mereka yang jenis yang berpagian, bangun sekitar jam 4.00-5.00 pagi untuk beribadah, bersarapan sekurang2 nya sejam dari masa bangun adalah digalakkan.

Mari kita mencuba apa yang terbaik untuk kita bagi mendapat manfaat yang menyeluruh, kesihatan dan kecantikan.


http://www.wasap.my/0162716142
http://www.wasap.my/0172588632
#LIMESHOTS
#limeshotshq #limeshotsofficial
#produkkecantikan #sayajual
#produkkempiskanperut #beautyaddict
#cantikduludankiniselamanya
#makinkurusmakinputihmakinmuda
#LIMESHOTSLSSLSBeauty
#pembuanganlawas
#menagduitraya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan